Wednesday, August 26, 2009

Teknologi Pemisahan Air

Kajian selama lebih 30 tahun dan formula yang telah memenangi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Cellfood adalah suatu minuman kesihatan yang terulung di dunia yang dihasilkan oleh Everett Storey, seorang yang disifatkan genius oleh Albert Einstein kerana kebolehannya menggunakan Deuterium untuk memisahkan molekul air (H2O) kepada atom oksigen bercas negatif atau "nascent oxygen" dan atom hidrogen bercas negatif atau "nascent hydrogen".Di dalam badan atom oksigen bercas negatif ini akan bergabung dengan oksigen radikal bebas bercas positif yang terhasil daripada metabolisme untuk membentukkan molekul oksigen.(atom O- + atom O+ = O2) yang sangat diperlukan oleh sel-sel badan bagi menghasilkan tenaga.Tenaga yang mencukupi diperlukan untuk menggerakkan segala transaksi dalam proses metabolisme yang menentukan kesempurnaan pengembangan pertumbuhan dan fungsi badan.Ahli-ahli sains bersependapat bahawa kekurangan tenaga adalah punca asas kepada kewujudan berbagai penyakit dan jangkitan.
Cellfood mengandung oksigen dan hidrogen yang dihasilkan melalui kaedah saintifik "Water Splitting Technology".
Dari pemisahan tersebut Cellfood mampu memenuhi keperluan oksigen, hidrogen dan nutrien yang diperlukan melalui penyerapan secara langsung oleh tubuh sampai kepada sel-sel yang paling kecil dan sangat cepat memenuhi keperluan oksigen bagi setiap sel-sel tubuh.
Para pakar perubatan telah mengakui bahwa kebanyakan penyakit dan jangkitan disebabkan oleh kekurangan oksigen di peringkat sel. Formula pemenang penghargaan ini secara semulajadi mempertingkatkan "nascent" oksigen dan hidrogen tertinggi dalam bentuk suplemen untuk meningkatkan tenaga,daya ketahanan tubuh (mempertingkat sistem imun) dan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Fakta tentang Oksigen (O2):
Oksigen (O2) merupakan kunci segala kehidupan. Kita boleh hidup selama beberapa hari tanpa makanan dan minuman, tetapi kita tidak mungkin dapat hidup jika sel-sel otak tidak mendapat oksigen dalam tempuh masa hanya 4 minit.Bahkan sel-sel otak kita akan mati dalam masa 15 saat tanpa adanya bekalan oksigen.
Setiap sel di dalam tubuh manusia memerlukan oksigen, untuk pembelahan,pertumbuhan dan untuk mengekalkan sel-sel itu supaya tetap hidup.Banyak penyakit di era moden sekarang adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen.Ini adalah masalah serius yang dihadapi di seluruh dunia.
Dengan oksigen, tubuh akan mampu untuk membina atau memperbaiki semula sel-sel, membantu memperbesar daya penyerapan vitamin dan nutrien, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meneutralkan zat-zat beracun dalam aliran darah.


No comments:

Post a Comment